Monday 6 May 2013

Catatan perkongsian pengalaman Cikgu Azreen mengaplikasikan teknik nabi dalam menangani pelajar corot.

6/5/2013 - Selama 3 minggu didorong untuk menyiapkan kata hikmah yang perlu dilekatkan di dinding kelas yang bertujuan selain menceriakan kelas (guru kelas) ia juga untuk rujukan pelajar dalam mengingatkan mereka ketika leka, insyaallah. 3 Orang pelajar corot ini berjaya menyiapkannya tetapi dengan pilihan yang diberi.
Cara/ teknik yang digunakan
 1) setiap kali masuk kelas ingatkan 
 " Izzul, razman dan iqwal, macam mana kata hikmat sudah dilekatkan di dinding? Tidak sabar cikgu nak melihat hasil kerja anda bertiga. Untuk pelajar lain yang dah siap, cikgu ucapkan terima kasih. Sesungguhnya anda pelajar yang baik kerana boleh berkerjasama dengan cikgu. Cikgu doakan semoga anda akan berjaya dalam apa jua yang diusahakan dalam hidup anda pada masa akan datang".)

 2) dah siap tulis perkatan tetapi mereka tiada marker pen untuk menghiaskannya, guru pinjamkan marker guru
Guru : " Cantik kerja anda ini izzul, jika di hiasi akan lebih menarik".
Izzul : " Saya tidak ada 'marker' pen la cikgu".
Guru : "Oh begitu, cikgu boleh pinjamkan pen cikgu".
Izzul : "Nak pinjam cikgu". (nampak keseronokkan di wajahnya). Terima kasih cikgu
Guru : "Razman dan Iqwal, boleh cikgu lihat hasil kerja kamu"?
Razman & Iqwal: " Kami belum siap lagi la cikgu".
(Guru cuba memikirkan langkah yang perlu di ambil untuk memastikan mereka menyiapkan tugasan tersebut. Ini kerana mereka kerap menangguhkan masa yang sepatutnya tugasan itu perlu dihantar?

 3) Sepatutnya tugasan ini untuk kerja individu tetapi kerana liat, guru cadangkan disiapkan gabungan mereka bertiga.
Guru : "Kalau begitu, cikgu cadangkan anda bertiga bersama-sama menyiapkan tugasan ini dan hantar sebelum kelas kita berakhir pada hari ini".
Pelajar : Ok cikgu, kami akan siapkan.
(Kelihatan mereka membahagikan tugas dan menyiapkannya bersama-sama)
 Akhirnya siap....
 
4) Guru memuji kesungguhan mereka menyiapkan tugasan yang diberikan
Guru : Tahniah izzul, razman dan iqwal kerana berjaya menyiapkan dan telah melekatkan kata hikmah di atas dinding. Cikgu rasa sangat gembita. Cikgu doakan anda akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran BM ini".
 
(Teknik nabi: memuji dan memberikan impak) - Dengan mengaplikasikan teknik ini dapat menyelesaikan masalah pelajar yang sentiasa melengah-lengahkan kerja. Selepas peristiwa ini, izzul, razman dan iqwal sentiasa memberikan kerjasama yang baik dalam kelas malah sentiasa mengangkat tangan untuk menjawab soalan apabila diajukan soalan oleh guru ) alhamdullilah. Guru akan sentiasa terus memuji dan mendorong mereka supaya mereka meneruskan dan mengekalkan sikap positif ini. In sha allah.....
 
Inilah hasilnya. Walaupun nampak ringkas tetapi kesungguhan dan mereka boleh memberikan kerjasama serta bertanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang diberikan harus dipuji. Sebenarnya mereka boleh mendengar kata jika pendekatan guru lebih berhemah.
(Pendekatan lazim yang kerap guru gunakan ialah marah, beri hukuman bebelan  serta ugutan. Ini akan memberikan  kesan negatif pada emosi mereka dan untuk mendapatkan kerjasama mereka pada masa akan datang agak sukar kerana perasaan tidak puas hati terhadap guru telah tersemat dalam hati mereka.)
 

 
Hasil kerja yang disiapkan oleh pelajar-pelajar kelas corot. Terima kasih pelajar-pelajar sekalian. Cikgu sayang anda. Sesungguhnya anda pelajar yang boleh dibimbing dan didorong untuk berjaya. Kejayaan bukan hanya diukur berapa A yang mereka dapat tetapi juga akhlak dan sikap yang mulia. In sha allah. Teknik nabi dapat membantu guru merealisasikan impian ini......
 
Semoga terus diberikan kekuatan untuk meneruskan teknik nabi dalam mendorong pelajar corot.
 
 

No comments:

Post a Comment