Saturday 4 May 2013

Wahai anak-anakku, mendorongmu dengan teknik nabi ke arah sejuk mata memandang dan bakal menjadi bidadari-bidadari syurga.....

4/5/2013 -Sebenarnya mencemerlangkan anak lebih mudah dari memuliakan keperibadiannya. Teknik nabi ini bukan hanya sesuai kepada para guru dalam menangani pelajar corot malahan ibubapa juga boleh aplikasikannya dalam membangunkan anak-anak cerdik dan mulia.
SITUASI DI RUMAH (kakak beumur 5 tahun dengan uminya)
Selepas bersarapan, kakak diminta untuk mandi dan belajar. Kakak setuju tetapi dia minta untuk dibuatkan susu. " Umi boleh tak kakak minum susu dulu baru mandi,"tanya kakak dengan gaya memujuk. Umi menjawab, "boleh, tetapi setelah minum susu, segera mandi dan belajar". Kakak minum susu yang telah dibancuh sambil bermain-main cuba melengah-lengahkan masa. Umi memandang ke arah kakak sambil memikirkan apa yang perlu dilakukan supaya kakak segera melaksanakan pesanan yang telah diberikan.
(umi tidak melakukan kaedah lazim: marah, membebel tetapi telah mengaplikasikan teknik memuji, teknik nabi)

umi: kakak umi sayang kakak, kakak rajin tolong umi mengemas mainan yang adik sepahkan serta susun kasut. Kalau kakak tidak tolong umi tentu umi penat. Terima kasih sayang. 

kakak: Mestilah, kakak sayang umi

umi: Betul kakak sayang umi?

kakak: Betul, kakak sayang umi sangat-sangat

umi: Jika sayang umi, mesti dengar dan patuh pada pesanan umi tadi. Jika kakak patuh, Allah akan sayang kakak, nabi muhammad pun sayang kakak. Kakak akan diberikan hadiah yang banyak iaitu pahala dan dimasukkan syurga. Abah dan umi juga masuk syurga kerana dapat mendidik kakak menjadi anak yang solehah. Adik pun masuk syurga, kita satu keluarga dapat masuk syurg. 'BEST' tau syurga sejuk sangat. Kakak nak masuk syurga.

( beberapa ketika kakak dilihat termenung dan mengangguk. Kemudian kakak minum segera tanpa bermain seperti tadi dan terus beredar ke tandas untuk mandi serta belajar sendirinya) 

umi: Bagus anak umi kerana mendengar kata umi. Anak umi akan disayangi oleh Allah. Umi dan abah pun bertambah sayang. Semoga anak umi akan pandai dan menjadi anak yang disayangi ramai orang. ( Teknik nabi: memuji dan menyatakan impak). In sha Allah......umi akan meneruskan teknik nabi ini.......

No comments:

Post a Comment